Wednesday, January 16, 2008

Hari ini aku ganti puasa yang pertama. Semalam tido awal sampai orang hantar sms minta top up pun baru jam 5.45 am reply. Pagi rushing pi Klinik Putrajaya sampai rosak liftlah coz hubby tunggu lama sangat sambil menekan butang lift tu. Emm..nasib baik nurse x bebel coz appointment nani & sofia sepatutnya last year. Nani kena cucuk 1 1/2 tahun. Nangis kejap..pas tu lincah balik. Anak-anakku semuanya kuat semangat macam aku dan lasak pun cam aku jugaklah. Alang-alang pi klinik putrajaya tu check gigi sekalilah. Emm..ari tu kak ros kata gigi geraham bongsu nak tumbuh...betullah ..memang gigi geraham bongsu aku nak tumbuh..tapi tak de space kat belakang tu. Bila makan aku rasa sakit coz bila dikunyah pipi terasa sekali. Tak sangka yek..dr kata gigiku masih cantik lagi. Pas tu aku minta gak appointment cuci gigi. Doktor bagi bulan 3.oklah tu..last aku cuci gigi lama dah tahun 2001 rasanya..Pergi kat private klinik kat Subang Jaya SS15 rasanya RM100++ aku kena bayar. Petang nanti nak pi collect duit hutang n anta barang cosway sekali. Tak pelah minggu depan dah gaji..ambilkan dululah. Puasa...aku harap dapat menghabiskannya sampai masuk waktu berbuka nanti. Dah puasa ni..sebab kurang aktiviti mata ni dah mengantuk...teringat kat En. Razak lecturer kat UiTM Jengka, Pahang dulu.kalau ngantuk dia suruh letakkan/tongkatkan batang mancis kat mata. Tu sebab aku suka duduk depan masa belajar dulu. Nak ambil shorthand/trengkas kena dengan sepenuh perhatian. Takut aku tak dengar. Dan nak mengelakkan aku daripada Zzzzz.
Assalamualaikum w.b.t

Hari ini ntah rasa boring pulak duduk kat opis. Azam tahun baru nak datang awal ..dah pun datang awal. Tapi kadang2 terlewat jugak coz si hanani lewat bangun. Biasanya pagi-pagi busuk wangi dah bangun dan dimandikan. Si Kak long cam biasa memang rajin. Pagi-pagi dah bangun n terus mandi coz belajar di tabika B7, JPM. Kalau lambat keluar mesti jamm kat jalan masuk ke putrajaya tu. Appointment klinik pun lama pergi. Tangguh punya tangguh sampai sekarang tak bawa 'puteri2 kesayangan tu.Tak sempat nak buat heavy breakfast. Cuma sempat buat 'scramble egg' utk hubby n anak2. Ada bengkel En. Amir kat opis nie tapi ntah peserta tak ramai pun. Emm..jawabnya tau pau jerlah nanti utk makan malam. Seminggu dapur tak berasap. Hari tu beli barang basah stok seminggu kat Jusco Pyramid. Ramainya orang sampai cari parking 1/2 jam. Sibuklah kot pi beli barang shopping raya cina.

Followers